NUA PICTURES DI KOSMO
Oleh AFIFI HAFIZ MOHD. NOR
afifihafiz.nor@kosmo.com.my
BERMULA dengan cita-cita untuk memiliki syarikat produksi sendiri, Mohamad Anwar Jamil menjadikannya pendorong utama berkecimpung dalam bidang videografi.
Dia sedar, bagi merealisasikan impian tersebut memerlukan modal yang besar,
anak kelahiran Arau, Perlis itu telah memulakan usahanya secara
kecil-kecilan dalam videografi perkahwinan dan pelbagai majlis lain.
Katanya yang kini berusia 31 tahun, dengan modal di bawah RM20,000
menggunakan duit poket sendiri, dia memulakan perniagaan tanpa
membuat pinjaman dengan agensi kewangan.
“Perniagaan yang saya jalankan ini beroperasi dari rumah. Pengalaman
dalam produksi televisyen serta tunjuk ajar daripada rakan-rakan
seperjuangan sebenarnya banyak membantu saya dalam menghasilkan
videografi perkahwinan.
“Saya memberikan perkhidmatan tersebut dibawah
syarikat produksi saya, Nua Pictures ini pada
tahun 2010,” katanya kepada Refleks baru-baru ini.
Bercerita tentang permulaan kerjayanya selepas tamat pengajian di
Universiti Malaya dalam jurusan Sastera (major dalam Pengajian Media), dia telah mula menceburi bidang penerbitan rancangan tv dengan Multilift Film Production
sebagai Penyelidik Skrip bagi dokumentari pertama mereka bertajuk
Riak-Riak Merdeka.
“Orang yang bertanggungjawab membawa saya ke dunia produksi ialah
penulis skrip, Subroto Haji Katimin.
“Berikutnya syarikat tersebut menerbitkan satu lagi rancangan dokumentari 13 episod
untuk RTM (Radio Televisyen Malaysia). Untuk rancangan kali ini, saya telah
diberi tanggungjawab sebagai penolong pengarah dibawah pengarah berpengalaman,
Rahim Jailani,” ujarnya
Tambah anak kelima dari sembilan adik beradik itu, pada tahun 2006
dia mendapat peluang bekerja di RTM sebagai Penolong penerbit di
bawah seksyen Ehwal Semasa TV sehingga tahun 2010.
“Pada penghujung tahun 2010, saya diberi kepercayaan untuk
mengacarakan sebuah program tv bertajuk Khabar Malaysia.
“Saya turut bersyukur kerana Allah telah menganugerahkan suara yang
baik kepada saya. Bakat dalam seni suara atau seni persembahan ini
sebenarnya terbina sejak dibangku sekolah lagi apabila saya aktif
dalam persembahan teater dan juga puisi sehinggalah ke peringkat
universiti.
“Saya memang sukakan cabaran dan tidak suka berada di zon
selesa. Minat saya dalam bidang produksi perlu dikembangkan lagi dan
itulah sebabnya saya mengambil keputusan untuk menerbitkan produksi
sendiri iaitu Nua Pictures di samping membuat suara latar sambilan di RTM,” tambahnya.
Bagi bakal pasangan pengantin yang ingin merasai pengalaman
penggambaran bersama Nua Pictures boleh layari blog Anwar untuk
melihat contoh-contoh video iaitu http://www.nuapictures.com.
Selain itu, mereka juga boleh berkomunikasi dengannya di
http://www.facebook.com/nuapictures atau hubungi talian 019-320 5920.
